Beautiful Friends

Tuesday, July 4, 2017

Go GREEN for life..

Pejam celik.. pejam celik.. dah masuk Julai.. dah separuh tahun 2017.. target banyak yang tak sampai lagi.. mudah-mudahan wa'insya'Allah.

Syawal pun dah masuk hari ke 10 hari ni.. ada yang dah mula berpuasa sunat Syawal.. ada yang masih dengan raya mood.. open house sana sini.. macam-macam la kan.

Anak-anak pun dah bersekolah. Kawan-kawan anak pun dah mula ada yang bertanya.. bila korang nak buat open house (soalan dituju ke Arif, Haazem and Amsyar). Direct jugak budak-budak hari ni. Kita jawab.. insya'Allah.. ada rezeki.. sampailah nanti jemputan.

As for cerita kat warong.. not very much to tell sebab insya'Allah cuma by next Monday the 10th kami akan mula beroperasi. Hence sementara tu kita ambik la kesempatan memanjakan badan kat rumah. Kemas serba-sikit sana-sini. Belek itu ini. Things that we can't do so often when dah mula start berniaga.

And pagi ni.. turn anak angkat dalam pasu kat depan rumah ni pulak jadi sasaran. Actually.. area ni biasa nyer jadi tempat me and Cik Asben 'bergosip'.. sambil belek-belek pokok.. sambil-sambil bercerita itu ini. Cerita orang tua la ni. Tempat lain dah tak selamat sebab anak-anak suka menempel.

Well.. albeit rumah landed tapi tanah secoet pun tak ada.. tu sebab as I said 'dalam pasu'. Still.. cukup la untuk melepas hajat.







Nevertheless.. mungkin kami ni skima yang jenis orang kampung. Jenis yang suka yang hijau-hijau.. tempat untuk lepas stress. Ada masa dalam tak sedar ada jugak ter-ber-sembang dengan pokok-pokok ni sorang-sorang. Macam 'mengadu' la ni. Tak kisah la kan.. kita tak kacau orang lain pun.

In short.. Syawal kan sebulan.. Eidul fitri mubaraq..

Assalamualaikum.

Wednesday, June 21, 2017

ME.. on Al-Hijrah tv..

Sabtu lepas 8am.. me on tv babe. Bukan lama mana pun.. 15 minutes.. tapi actually me tak rasa macam 15 pun.. ntah la.. and the talk was about hobby.. hobi yang mana lagi kalau bukan mengumpol fridge magnet.

It all started when a blogger friend Zaila WA me and tanya.. bla bla bla and me jawab.. bla bla bla. Still at that point me tak ada pun fikir apa-apa. Kalau sungguh.. rezeki la kan. Then a week later.. Lana from tv Al-Hijrah WA me and tanya.. bla bla bla.. time ni baru rasa macam.. am I dreaming? macam tak yakin pun ye la jugak.

At the same time.. me terus WA sorang adik ni yang once kerja kat sana but dah merantau kat Kuwait nun. Okey..barulah rasa macam.. wake up.. do your thing.

Long short story.
Pagi yang dimaksudkan.. sesudah suboh lagi Lana dah follow-up dengan me.. tanya lokasi and bagi a light reminder that I have to be in the studio before 8am. So sampai jer kat sana.. serah 'bahan'.. pi touch-up sikit.. and well.. I'm on air.

Me with Cik Lana..

Alhamdulillah.. all went well. And as Zaila was saying.. kejap jer kita nak gabra ke whatsnot. Lepas tu.. insya'Allah. And tambah pulak soalan yang ditanyakan were soalan-soalan yang me dah biasa jawab regarding the fridge magnets.

 Susun 'reta' lebih kurang'..

Sahabat dari Riyadh berkongsi gambar..

Tapi nak jadi kisah.. masa awal discussion tu.. there gonna be a slot-in for me to promote my daging salai. Tapi apakan daya.. sembang pasal fridge magnet jer pun dah 15 minit. Lana told me.. biasanya.. the slot was a bit shorter than that. Thus.. kalau ada rezeki.. they try to make it a different slot for my daging salai.


Sahabat dari Jepun pulak share..

Jika benar bagai dikata.. its gonna be like.. a free promotion for my 'air tangan'. Bukan senang nak masuk tv weiiii.. never in my dream pun.

Waaaa.. me so demukss.. pipi ada telur..

Tapi tu la kan.. rezeki dari Allah.


Albeit me cuma being invited to share my hobby.. sambungan dari cerita tu.. ada la dapat tambah sikit-sikit kawan.. order daging salai pun bertambah jugak. Ni semua bila dia orang jenguk my FB and IG. Alhamdulillah.. rezeki bulan Ramadhan.. rezeki keluarga kami jugak.

Abih cito dah..

P/s; doakan yang baik-baik untuk an and family yo kawan-kawan..

Wednesday, June 14, 2017

Terima kasih Allah.. terima kasih semua..

Apakan daya..

Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.


Alhamdulillah.. rezeki bulan Ramadhan.. daging salai kami dapat permintaan luar jangkaan. Tak menang tangan hence ada jugak last minute order yang kami terpaksa tolak.

Dah jadi macam tu.. kami cuba menyampaikan hajat kawan-kawan yang masih setia menunggu masak lemak cili api daging dan puyoh salai. Thus jika panjang rezeki kami.. warong Uwan Achik akan dibuka semula minggu terakhir Ramadhan ini. Ini pun sebab (insya'Allah) segala urusan jualan daging salai mentah (sepatutnya) selesai hari Ahad ni. Then kami akan sambung pulak selepas cuti hari raya. Itu pun hanya untuk kawan-kawan dari middle-east yang berhajat nak bawak stok terlarang ni ke sana.

As I said.. kami cuma mampu merancang.. tapi Allah yang menentukan. Dan mungkin jugak disebabkan ini tahun pertama kami berjual daging salai.. so banyak perkara yang tidak kami jangkakan.

Nevertheless.. terima kasih Allah.. terima kasih semua kerana masih setia dengan air tangan kami.

Sunday, June 11, 2017

Safe Ampang Park.. save Cozy Corner..

Alhamdulillah..

Sampai jugak hajat kami nak dine di Cozy Corner, Ampang Park. Selama ni kami tak pernah pulak beriya sangat nak makan di sini. Tapi bila saja dapat berita yang Ampang Park bakal dirobohkan untuk beri laluan kepada projek MRT.. tak semena-mena terus macam panic attack.. nak jugak kena makan di sini at least buat kali yang terakhir.

Hence since la ni bulan Ramadhan.. kelam kabut jugak la nak cari masa. So.. iftar puasa hari ke-16 jadik pilihan kami.

And seawal 11.33am.. Ibu dah buat appoitment.. takut terlepas lagi.. sebab hari sebelum tu kami call lepas waktu zohor and diberitahu  'full house'.

Sejak dari awal lagi.. masing-masing dah mind-set nak order makanan yang tertentu. Yang sebetulnya dari kecil anak-anak pun dah biasa makan di sini thus masing-masing dah ada favorite dish.

Sesampai di sana.. terus dapat meja and kami mula order makanan. Cuma sedikit unfortunate nasik ayam yang jadi kesukaan Ibu no longer dijual thus terpaksalah Ibu order makanan yang lain.

The one thing yang 'wajib' ada..

Jom.. Ibu belanja sikit gambar-gambar dari our iftar-dine-out.






Kalau nak kira.. pilihan kami yang biasa-biasa saja tapi dah tempat ni kami dah terbiasa sejak dari zaman Ibu bekerja di Jalan Pinang, KL.. and Cik Asben pun selalu berkumpol di sini dengan kawan-kawan serumah masa zaman bujang dulu lagi.. then kami heret pulak anak-anak makan di sini.. so let just say.. Cozy Corner ni dah macam tempat wajib ziarah pada kami jika berkunjung ke Ampang Park..

And selepas selesai iftar.. terus sahaja kami balik ke rumah.. sempat lagi nak maghrib di rumah babe.

P/s; Cozy Corner will always be in our heart.

Saturday, June 10, 2017

Kesayangan ku..

Ello all..

Hobby (or in my case.. hobbies) are some of many things that keeps me moving. Kalau dulu.. hobi ni jadi teman tempat menyandarkan kebosanan.. at last hobi yang satu ni jadi salah satu cabang untuk menambah teman dari serata ceruk negara di dunia plus tempat untuk menambah ilmu jugak. Manakan tidak.. banyak tempat yang selama ini Ibu tak pernah ketahui akan kewujudannya.. tak pasal-pasal Ibu terpaksa tanya dengan Cik Gugel.. merisik dengan Tok Wi.

Tapi sebenar asal cerita.. Cik Asben yang rekomen agar Ibu get a specific hobby to overcome my boredom. Maklum sahaja jika sebelum sampai ke Tanah Pasir Berdengung.. Ibu memang jenis yang tak duduk diam.. tapi bila dah sampai ke sana.. dengan tanda kawan.. dengan keluarga pun jauh.. dengan itu ini pun banyak yang tak tahu.. I need something to keep me active. 

Tapi semenjak kami pulang ke Tanah Melayu hampir dua tahun yang lepas.. semua 'anak angkat' Ibu ini hanya mampu duduk berasak-asak di dalam kotak yang Ibu seal and tanda agar tidak hilang.. atau mudah untuk di 'tayang-tayang' semula.

Namun apakan daya.. lantaran dari kekangan masa serta kesibukan menguruskan 'hal' yang bermacam-macam.. terpaksa hajat hati ditunda.. ditangguhkan.

Dalam hati terdetik jugak.. nanti kalau Ibu dah tuaaaa sangat.. apa nak dibuat dengan koleksi fridge magnets (fm) yang rasa nye beratus keping tu. Silap-silap 'dijual' jugak rasa nye.

Nota ;
Dulu anak-anak ada jugak yang berminat dengan hobi mengumpul fm ni tapi bila dah balik ke sini.. al-maklum sahaja laa..



And hari ini.. rasa nye ibu flash-back serba sedikit koleksi yang ada. Or jika ada yang berminat nak intai-intai boleh sahaja ziarah ke ;


Ilal liqa'..

Kalau dah bukan rezeki ku..

Few months back.. me ada beli 1 teko lama from this '1 group'.. the business deal was so ugly that it took almost 2 months to complete. Dengan kisah salah hantar teko la.. dengan teko yang dihantar.. handle patah 4 la.. in the end.. I got so frustrated hence me kata to the seller.. 'kalau ini dah rezeki ksham.. ksham terima dengan ikhlas hati'.

Tak guna nak sakit-sakit hati because to me.. its either me yang tak ada rezeki or the seller akan terima bahagian dia kelak.

(ini bukan 'curse' tapi me percaya ini 'rezeki' Allah).


Second tea pot.. me pi selongkar dalam gerobok arwah Uwan. It was in good condition albeit muncung teko tu ada sedikit sumbing. Dah jadi macam tu.. takkan nak hidang air dengan teko sumbing kan. Hajat di hati tu memang la nak buat as guna hari-hari (me bukan jenis yang suka display barang dalam almari) tapi dah jadi macam ni.. nak buat macam mana pulak kan.



So this morning me decided to put those 2 tea pots into a good cause and less in 1 hour.. cucuk sana cucuk sini.. dapatlah 2 jambak flower-deco (kebetulan pulak kat rumah kampung ada bunga yang pasu dah pecah).


So, no more tensi-tensi lagi. Me bukan jenis tangan ber-seni sangat pun.. as long as barang tak membazir.. dah kira syukur alhamdulillah.


P/s; cuma nak pesan pada semua seller (regardless whatever you're selling).. buat urus niaga biar ikhlas.. kita cuba sebaik mungkin. Rezeki Allah tu luas. Hari ni mungkin kita rugi sikit tapi percayalah.. kalau dah hak kita.. insya'Allah.. kelak Allah akan ganti dengan yang lebih baik.

Salam ramadahan hari ke 15 friends..

Tuesday, June 6, 2017

Rewarding myself..

Alhamdulillah..

Hari pertama berjual lauk-pauk di warong... tak serancak berjual nasik lemak pagi-pagi di warong yang sama. Mungkin 'keadaan ekonomi' yang membataskan masyarakat yang secara tidak langsung mengajar agar kita lebih berjimat. Kami sendiri jika diberi pilihan.. lebih selesa dengan juadah yang sederhana yang disediakan di rumah sendiri. Lebih praktikal.. lebih jimat serta lebih terjamin kebersihannya.

Tapi.. pengalaman itu penting.. if otherwise.. I woun't be able to live and tell. Dah buat.. dah merasa.. then baru boleh cerita.

Susahnya memikir menu.. susahnya managing the time.. susahnya memikir harga yang sesuai (me.. jenis yang terlebih empathy) etc.

Itu belum lagi berperang di dapor dengan segala jenis 'slot-in'.

Kalau sebelum ini ada pembantu yang boleh disuruh itu dan ini.. la ni.. sendiri adjust.. okey..!!

Then.. bila sampai waktu berjual.. unlike berjual nasik lemak yang selama ini kami sudah punya 'regular'.. di bulan puasa.. wallahu'alam. Come what may.. semua itu 'rezeki'.

Cuma kami percaya dengan.. 'rezeki Allah itu luas'. Again.. you'll never know what's coming until you put up a fight.

Akhirnya by 6.45pm (5hb Jun 2017) kami akur dengan rezeki yang ada. And as I promised to my kids.. by that particular time.. kerahan tenaga untuk mengemas whatsoever yang tinggal untuk beri laluan pada agenda seterusnya.

Seboleh-bolehnya..
Kami cuba berbuka puasa bersama. Walau hanya dengan segelas air dan buah tamar still itu kan rezeki jugak. But.. Allah itu maha pemurah.. dengan rezeki hari pertama plus and still dapat kami berbuka puasa bersama di rumah dengan keadaan yang cukup selesa.

Insya'Allah.. hari ini.. begitu jugaklah rutin nyer.


P/s;
Pagi-pagi ni.. kita reward diri sendiri..
- red berries
- purple chrysanthemum
- white peacock
(secukup rasa.. sesedap mata memandang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...